Home Berita PAS Terengganu

Tour Gateh : Jersi batik tampil identiti Terengganu

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kejohanan Tour Gateh D’ Tranung edisi ketiga memperkenalkan tema batik pada jersi pemenang setiap peringkat perlumbaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejohanan kali ini juga menawarkan kelainan dengan lima jersi kemenangan.

“Jersi kuning bagi juara keseluruhan, hijau bagi raja pecut, jersi merah polkadot untuk raja bukit, jersi putih bagi pelumba bawah 23 tahun dan jersi oren buat pelumba tempatan terbaik.

“Jersi ini khas merupakan inisiatif oleh penganjur kepada pelumba-pelumba amatur tempatan sebagai penghargaan dan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Memperkenalkan Pelumba dan Penaja Tour Gateh D’ Tranung 2024 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Kejohanan ini disertai seramai 156 pelumba melibatkan 24 pasukan dengan 69 pelumba bawah 23 tahun serta pelumba bawah 17 tahun.