Home Berita PAS Terengganu

Liqa’ Fikri medan menguatkan jemaah

8
SHARE

 

Oleh : Pyang Mamat

 

KEMAMAN – Liqa’ Fikri diadakan bertujuan untuk menyelaraskan fikrah atau kefahaman setiap ahli PAS terhadap isu semasa yang ada.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid menegaskan bahawa pentingnya para ahli menghadiri setiap program yang diadakan oleh parti.

“Liqa’ Fikri yang diadakan setiap tahun bagi memberi gambaran yang jelas kepada semua ahli dipelbagai peringkat agar ianya tidak bercanggah dengan pendirian parti,

“Samada berkaitan dengan isu negeri, negara mahu pun global ianya perlu disatukan bagi menguatkan jemaah Islam ini,” ucapnya.


Beliau berucap di Program Liqa’ Fikri peringkat PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada Ahad, 20 Oktober.

Turut hadir sebagai pembentang kertas kerja adalah Yang Berhormat Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Lajnah Tarbiyah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Berbahagia Ustaz Zulqarnain Hassan, AJK Dewan Ulama PAS Pusat.

Program ini dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Kemaman dengan kehadiran seramai 602 orang ahli disetiap peringkat di kawasan Kemaman.