Home Berita PAS Perlis

Dominasi PASTI Al Furqan sukar digugat

150
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 21 Okt : Alam Ria PASTI Arau yang berlangsung pada Ahad menyaksikan PASTI Al Furqan muncul johan keseluruhan bagi edisi 2024.

Daripada sebelas acara yang dipertandingkan, penguasaan PASTI berkenaan ternyata sukar digugat apabila berjaya mendominasi tempat pertama bagi enam acara.

Paling menarik, tempat pertama bagi kedua-dua kategori bercerita (Lelaki dan Perempuan) menjadi milik peserta daripada PASTI yang terletak di Taman Pauh Indah itu.

Selain acara bercerita, mereka turut menjadi johan bagi pertandingan Azan, Pidato, Kalam Jamaie dan Nasyid.

Turut mencatat pencapaian yang membanggakan ialah PASTI Nafisatul Ilmi yang berjaya muncul johan bagi tiga acara iaitu Sajak Perempuan, Hafazan Perempuan dan Khutbah.

Alam Ria PASTI Arau berlangsung di Balai Islam MADI dan dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi. Turut hadir, Setiausaha PAS Kawasan Arau, Nor amrul Amri Chan, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Noryuzaizy Mansor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau, Husna Hashim.