Home Berita PAS Pahang

MTIS lawat pusat pengajian al Quran terbesar di Brunei

68
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

TEMERLOH, 19 OKT – Maahad Tahfiz Istiqamah (MTIS), Temerloh berangkat ke negara Brunei Darussalam baru-baru ini melawat pusat pengajian Al Quran terbesar di negara tersebut, Nuqra Quranic.

Rombongan diketuai mudirnya, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih Asshubrawi adalah atas jemputan Pengarah Geng Ngaji Global (GNG), Ustaz Fakhrul Anuar.

“Terima kasih kepada Ustaz Fakhrul Anuar, sudi memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama ke negara Brunei Darussalam kali ini.

“Ada persamaan antara MTIS, GNG dan Nuqra. Kami adalah organisasi yang mempunyai medium tersendiri dalam mengembangkan pendidikan Al Quran.

“Justeru, dalam seharian berada di sana, banyak kami belajar, berkongsi cerita dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan memantapkan pembelajaran al Quran di negara kita,” ujar Zarimi.

Rombongan dari Malaysia tersebut telah disambut Pengarah Urusan Nuqra Quranic, Dayang Sukmawati Dewi.

Terdahulu, pihak GNG menurut Zarimi telah memperkenalkan satu program mengajak masyarakat menyempurnakan solat diberi nama ‘Usolli’.

Ini secara tidak langsung ujarnya telah menarik minat pihak MTIS menjalin kerjasama dengan GNG dalam usaha memupuk masyarakat dekat dengan Al Quran dan solat yang merupakan intipati utama kejayaan muslim dunia dan akhirat.