Home Berita PAS Sabah

Tahsin Solat dedah aspek kesempurnaan ibadah

10
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
18 Oktober 2024, Jumaat

LAHAD DATU : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Tahfiz Lahad Datu telah menganjurkan program Tahsin Solat yang diadakan di sini, kelmarin.

Menurut Guru Besar, Tan Chin Khoon, program tersebut bertujuan mendedahkan murid-murid untuk memahami segala perbuatan dalam solat.

Peserta juga maklumnya, diajarkan praktikal yang betul mengenai cara bersuci dari hadas kecil dan besar, selain kaedah menyempurnakan amal wuduk.

Beliau juga merupakan Ketua PAS Cawangan Aman Jaya melengkapkan pengetahuan murid-murid di slot Pengenalan Solat.

Sebagai pengukuhan, murid-murid turut dibimbing dalam kumpulan menerusi slot praktikal wuduk dan solat dengan tunjuk ajar guru masing-masing.

Beliau turut menjelaskan mengenai ilmu yang wajib dituntut antaranya tauhid, syariat, akhlak dan fiqh ketika ditemui.