Home Berita PAS Pahang

Tebang pokok / Damak Bersih 16.0

41
SHARE

 

Oleh : FADHILAH BEN YAHAYA

JERANTUT, 16 Okt – Kegusaran hati penduduk di Kampung Ulu Cheka berakhir dengan aktiviti gotong-royong penebangan pokok besar di sini baru-baru ini dalam Program Damak Bersih 16.0.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damak Ustaz Zuridan Mohd Daud berkata pokok besar berusia lebih dari 40 tahun tersebut berisiko tumbang dan dibimbangi menghempap gerai-gerai dan rumah yang berhampiran.

Bahkan kata Zuridan, ianya boleh membahayakan penduduk terutama di musim tengkujuh dan angin yang kuat ketika menggunakan jalan raya di bawah pokok tersebut.

“Pusat Khidmat Masyarakat DUN Damak (PKMDD) dengan keterbatasan dana telah melancarkan kutipan sumbangan daripada cawangan-cawangan PAS dan individu bagi menampung kos menyewa jentera skylift dan lori.

“Alhamdulillah porgram ini telah diselesaikan dengan jayanya, dengan kerjasama dari pihak Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Jerantut, Jabatan AMAL, ahli-ahli PAS, Ahli Jawatankuasa Sekretariat ADN Damak, penduduk kampung seramai hampir 60 orang kesemuanya,” kata beliau lagi.

“Saya amat berterima kasih kepada ADN Damak kerana cakna mengambil tindakan atas aduan yang saya ajukan. Dahan-dahan kecil yang mati kerap kali jatuh di atas atap gerai saya dan apabila berlakunya ribut kuat,saya dan isteri akan risau nasib gerai kami,” kata pemilik kedai di bawah pokok tersebut, Suhaimi Kamaruzaman (66).