Home Berita PAS Wilayah

Karnival Prihatin Rakyat Disambit Meriah

17
SHARE

12 Oktober Sabtu- PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan satu program iaitu Karnival Prihatin Rakyat yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baharu KL
Pelbagai acara menarik telah diadakan untuk mereka yang hadir yang melibatkan acara kanak-kanak, wanita & lelaki. Antaranya ialah pertandingan mewarna, sepaktakraw, memanah, gubahan tuala, gunting rambut percuma dan sebagainya. Terdapat juga pameran PAS Titiwangsa yang mempamerkan gambar-gambar sejarah PAS Titiwangsa sejak awal penubuhannya iaitu pada tahun 1985 hinggalah sekarang ini
Terdapat juga penyampaian sumbangan bagi mereka yang layak, serta acara cabutan bertuah yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang hadir disebabkan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan
Program julung kali ini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa. Dalam ucapannya, beliau telah menyebut betapa sinonimnya beliau dengan Kampung Baharu berdasarkan beberapa sejarah & pengalaman hidupnya sejak tahun 1976 hinggalah sekarang ini.
Semoga program ini dapat membina ukhuwah sesama masyarakat serta mendekatkan lagi PAS dengan semua & mencapai matlamat yang diharapkan.