Home Berita PAS Terengganu

‘Ameerah Rider’ Masuk Kampung Jadi Acara Tahunan

7
SHARE

KEMAMAN – Program ‘Ameerah Rider’ Masuk Kampung anjuran Ameerah Care mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan wanita muda DUN Kijal dan akan akan dijadikan sebagai acara tahunan mulai tahun hadapan.

Ketua Ameerah DUN tersebut, Ustazah Rumayso Salwani Abdullah berkata, ia merupakan segmen baru yang akan disentuh oleh Ameerah Kijal.

“InsyaAllah, program khas untuk Ameerah Rider DUN Kijal akan dilaksanakan pada tahun hadapan dek kerana menerima sambutan yang cukup baik daripada masyarakat.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran majlis tersebut di Kampung Darat, Kijal, pada Jumaat, 11 Oktober.

Menurutnya, program itu diadakan sebagai usaha mendekati masyarakat dan memperkasa golongan wanita muda di kawasan setempat.

Katanya, aktiviti ziarah 20 buah rumah wanita muda di sekitar kawasan tersebut adalah bertujuan menyatakan keprihatinan Ameerah terhadap isu-isu yang dihadapi oleh golongan terbabit, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim.

“saya bersyukur atas sambutan luar biasa terhadap Ameerah Rider dan mendoakan agar usaha ini dipermudahkan Allah jua.” tambah beliau

Majlis dimulakan dengan simbolik penampalan sticker pada motosikal Ameerah Rider Kijal, sebagai satu inisiatif memperkenalkan Ameerah Rider kepada masyarakat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Exco Penerangan Ameerah Terengganu Nurul Hidayat Ibrahim, Ketua Muslimat PAS DUN Kijal, Ustazah Rosliza Abd Rashid, bersama Jawatankuasa Ameerah Care DUN Kijal dan Muslimat cawangan.