Home Berita PAS Terengganu

Santuni rakyat, semarakkan khidmat

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Semua penduduk kawasan Setiu diseru agar menghadiri program Santuni Rakyat, Semarakkan Khidmat yang akan diadakan esok, 12 Oktober bertempat di Balai Raya Tok Dor (di belakang Masjid Tok Dor).

Acara ini akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

Program komuniti ini menawarkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk semua golongan masyarakat, antaranya kaunter aduan rakyat, rawatan perubatan percuma, dan Rawatan As-Syifa (di Surau Kampung Anak Ikan).

Selain itu, turut disediakan sukan komuniti, sukaneka, serta pertukaran minyak hitam motosikal secara percuma.

Aktiviti lain termasuk lawatan Infra, ziarah pesakit kronik, sukan komuniti untuk belia seperti sepak raga likung dan pertandingan tendangan penalti, serta sukaneka untuk kanak-kanak dan golongan wanita dewasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Setiu dengan kerjasama JPKK setempat.

Semua dijemput hadir, dan mari bersama-sama santuni rakyat dan semarakkan khidmat untuk masyarakat.