Home Berita PAS Terengganu

Setahun Taufan Al-Aqsa: Himpunan Menentang Kezaliman Zionis Isra.el

13
SHARE

Tanggal 7 Oktober 2024, genap setahun operasi Taufan al-Aqsa yang telah menarik perhatian dunia terhadap apa yang berlaku ke atas penduduk Filastin.

2. Tarikh ini membuka mata semua pihak daripada pelbagai agama dan warna kulit tentang kekejaman zionis laknatullah.

3. Selama satu tahun ini, dunia luar dapat melihat satu krisis kemanusiaan yang paling buruk pada abad ini.

4. Dalam serangan genosid yang dilakukan oleh negara haram Isra.el ke atas Filastin, ia telah mengorbankan lebih 41,870 orang.

5. Kementerian Pendidikan Filastin pula melaporkan lebih daripada 10,888 murid dan 529 guru serta kakitangan pentadbiran telah terbunuh.

6. Sementara itu, 17,224 orang kanak-kanak dan 3,686 guru mengalami kecederaan.

7. Manakala 45,000 para pelajar telah terkandas dengan sesi persekolahan telah ditangguhkan bagi tahun kedua.

8. Di samping itu, setakat September 2024, sekurang-kurangya 297,000 unit rumah di Gaza mengalami kerosakan teruk, manakala 87,000 kediaman musnah.

9. Inilah fakta yang memperlihatkan betapa kejinya Isra.el dan sekutunya melakukan pembantaian terhadap rakyat Filastin, kekejaman ini pasti kekal dalam ingatan kita.

10. Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat yang cintakan keamanan untuk hadir ke Himpunan Aman Solidariti Filastin Sempena Satu Tahun Taufan Al-Aqsa.

11. Himpunan itu akan diadakan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 12 Oktober jam 2 petang.

12. Ayuh, kita berhimpun demi Filastin.

Islam Adalah Penyelesaian

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI,
KETUA PENERANGAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI TERENGGANU.