Home Berita PAS Terengganu

Suburkan Perjuangan ‘As-Sabiqun’

39
SHARE

MARANG – Menjadi bertanggungjawab ahli-ahli PAS untuk terus menyuburkan perjuangan As-Sabiqun (veteran PAS) untuk dinikmati dan diwarisi pada generasi yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Tuan Guru Husain Awang berkata mereka telah menabur baja perjuangan sehingga menjadi subur dan sihat sehingga PAS menjadi yang dibanggakan seluruh negara sekarang.

“Alhamdulillah hasil dari kreativiti dan perancangan yang diatur oleh As-Sabiqun kita telah menikmati tiga kali kemenangan iaitu 1999, 2018 dan 2023,” katanya.

Dato Husain Awang berkata demikian di Program Makan Malam Dana As-Sabiqun di Dewan Tuan Guru Dato Haji Harun Taib, Rusila di sini pada malam 5 Oktober 2024.

Menurutnya, golongan As Sabiqun yang ada hari ini telah menghadapi berbagai – bagai karenah perjuangan dalam berhadapan dengan Pemuda Tahan Lasak. Umno semasa hendak pergi ceramah.

” Mereka juga yang pasang ‘speaker’ (pembesar suara) sendiri, bahan-bahan kempen dibuat sendiri, tin kosong dicat lambang bulan, guni beras dicat untuk dijadikan bahan kempen.

” itulah kerja yang dilakukan oleh As-Sabiqun yang tidak dirasai dan tidak dihadapi generasi kita sekarang ini,

” Semoga generasi akan dapat menikmati apa yang kita nikmati sekarang, ” ujarnya lagi.