Oleh KASDI KOSMIN
INDERA MAHKOTA – Seramai lebih 50 keluarga telah berjaya disantuni oleh jentera pilihanraya DUN Semambu di sini kelmarin.
“Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, kita telah berjaya menyantuni lebih dari 50 keluarga di sekitar Kampung Padang dan 300 pengundi di atas talian.
“Hasil dari gerakerja ini kita mendapat respond yang amat positif, ianya memberi kesan langsung yang sangat baik untuk kita menawan DUN Semambu untuk PRU ke-16 nanti,” ujar Penyelaras DUN Semambu Ustaz Zulfadhli Zakariah.
Tambahnya lagi program ini adalah kali ketiga diadakan dan akan dilaksanakan secara berkala sehingga PRU ke-16 nanti.
“Buat kali pertamanya kita telah menyantuni penduduk di sekitar Chenderawasih, kali keduanya secara besaran di seluruh DUN Semambu dengan kehadiran semua Ahli Dewan Negeri Pahang, dan pada hari ini kita berfokus di Kampung Padang sahaja,” ujar beliau yang juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota.
Sementara itu Pengarah Pilihanraya DUN Semambu Rahimi Roslan berkata, PAS dan Perikatan Nasional (PN) kini berada pada landasan yang baik untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Tambah beliau ianya berdasarkan perkembangan terkini dan gerak kerja yang bersungguh dari PAS/PN.
“Situasi penolakan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) semakin ketara apabila dikaji keputusan dua pilihan raya lalu.
“Mengikut keputusan PRU ke-14 dan ke-15, PAS berjaya mengekalkan tempat kedua tertinggi walaupun berhadapan dengan tiga penjuru, PAS ketinggalan majoriti sekitar 1800 sahaja dengan PKR/PH.
“Penurunan majoriti itu mencerminkan pengurangan sokongan rakyat Semambu terhadap BN,” ulas beliau ketika memberi suntikan semangat kepada jentera pilihanraya DUN Semambu.