Home Berita PAS Sabah

Alam Ria PASTI platform cungkil bakat

26
SHARE

Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib
8 Oktober 2024

TAWAU: Alam Ria PASTI merupakan platform yang sangat baik untuk anak-anak menunjukkan bakat dan potensi mereka dalam pelbagai bidang.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Tawau, Dr Munzier Mahamud, acara tersebut adalah medium untuk ibu bapa mahupun pendidik menyokong serta menyemarakkan lagi semangat anak-anak, dalam usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

“Ini membuktikan komitmen PAS dalam memberikan pendidikan awal yang terbaik kepada anak-anak.

“Acara seperti ini bukan sahaja mengasah bakat dan kreativiti mereka, malah memupuk nilai-nilai murni seperti keberanian, keyakinan diri dan kerjasama.

“Inilah aspek modal insan yg ingin kita terap dalam setiap silibus pendidikan PASTI samada di dalam mahupun di luar kelas,” ujarnya semasa merasmikan Alam Ria PASTI Kawasan Tawau, di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, kelmarin.

Dr Munzier turut berbangga melihat penyertaan yang sangat memberangsangkan daripada 27 buah PASTI seluruh Tawau yang terlibat.

Antara acara menarik yang telah dipertandingkan ialah azan, bercerita kisah dari Al-Quran, pidato, hafazan Al-Quran, sajak, khutbah dan nasyid.