Home Berita PAS Terengganu

SISSAM Ameerah Kemaman Daftar 502 Ahli Baharu

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pertandingan Sistem Sahabat Ameerah (SISSAM) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Ameerah Kawasan Kemaman telah mencatatkan kejayaan besar dengan pendaftaran seramai 502 ahli baharu.

Ketua Ameerah Kemama, Ustazah Siti Nur Radhiah Alias berkata, program tersebut yang berakhir pada 1 Oktober 2024, dapat melebarkan rangkaian kekuatan PAS dalam kalangan wanita muda.

“hasrat saya bersama kepimpinan Ameerah Kawasan Kemaman, dengan pertambahan ahli Sahabat Ameerah ini dapat memberikan nafas baru serta memperkukuhkan lagi usaha dakwah Islam khususnya di peringkat DUN dan daerah Kemaman.“ ujarnya Ketika dihubungi.


Katanya, Ameerah DUN Kijal berjaya menduduki tempat pertama dengan 213 ahli baharu, diikuti Ameerah DUN Air Putih dengan 124 ahli, sementara Ameerah DUN Cukai dan DUN Kemasik masing-masing memperoleh 90 dan 75 ahli baharu.

“Pertumbuhan keahlian ini merupakan hasil daripada usaha gigih Ameerah di setiap DUN yang bertungkus lumus menggerakkan program ini.” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas majlis anugerah SISSAM yang diadakan bersekali dengan Karnival Sambutan 1 Tahun Pemerintahan PAS Terengganu Penggal Ke-2 Peringkat Parlimen Kemaman pada 4 Oktober, di Kemaman Arena Square.

“Sebagai daya tarikan, karnival ini turut menawarkan ‘lanyard’ percuma kepada setiap ahli yang mendaftar menambahkan semangat dan keterujaan kepada para peserta.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Ameerah yang telah menjayakan inisiatif ini. Syabas dan Jazakumullahu khairan jaza’!,” ujar beliau lagi.