Home Berita PAS Terengganu

Pendakwah mesti kreatif

6
SHARE

DUNGUN – Pendakwah mesti kreatif untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat supaya dapat menarik rasa dan minat kepada Islam sebagai ad-din.

Oleh sebab itu, kata Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh, asasnya kena ikhlas kepada Allah, bila ikhlas bukan sekadar pahala malah akan melahirkan komitmen, kesungguhan dan kreativiti.

“Keikhlasan ibarat air yang mana jika air itu banyak, dapat menerobos batu yang kukuh, seumpama air kalau disekat ia akan tidak akan berhenti, kalau ada batas ia akan cari laluan yang boleh dilalui. tapi bila makin kuat batas, ia akan datang dalam bentuk gelombang dan mampu memecahkan batas itu.

“Jadi pentingnya keikhlasan dalam perjuangan Islam, dengan pelbagai tribulasi(ujian dan cubaan), tiba-tiba kita tidak ikhlas, sudah tentu tidak berbaloi. sudahlah kena marah lepas tu tidak mendapat pahala,” sinisnya.

Ustaz Jamaluddin berkata demikian ketika mengulas tajuk “Ciri-ciri Akhlak Para Da’ie” di Program Tamrin Qiyadi Muslimat PAS DUN Rantau Abang yang diadakan di Pusat Tarbiyyah Dan KAFA, Taman Permint Indah (PUSTAKA) di sini pada 3 Oktober.

Tambahnya lagi, jika dakwah diteruskan secara baik nescaya agama ini akan berkembang pesat.

“Kita kena biasa-biasakan dakwah secara jama’ie, disamping kita kena lengkapkan diri supaya dapat berdakwah secara fardhi(personally) yang diluar ‘coverage’ jemaah yang berada di persekitaran kita, iaitu, jiran kita, saudara mara kita dan kenalan kita,

“kita tidak boleh tangguh supaya orang lain yang menyelesaikan sebab kalau kita lepas mereka akan persoalkan di akhirat. jadi kita kena lengkapkan diri dengan ciri-ciri sebagai pendakwah,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli telah merasmikan program yang dihadiri lebih 60 orang pimpinan muslimat cawangan-cawangan.

Beliau berharap muslimat mengambil
peluang untuk berada perjuangan Islam untuk mengislah diri dari sudut tarbiah, dakwah dan dalam kerja-kerja politik berlandaskan ugama Allah.

“Semoga program sebegini akan terus berjalan semata-mata untuk tarbiah ahli kita, ‘pati’ daripada ilmu ini adalah amal, sayang banyak ilmu tetapi gagal beramal.

“Jadi insya Allah selepas daripada ini kita dapat terus bekerja memenangkan Islam, kita berdoa agar Allah kekalkan kemenangan ini dan jangan kita sombong dan menganggap kita berkuasa atas segala-galanya dengan kemenangan ini,” katanya lagi ketika dihubungi mengulas program tersebut