Home Berita PAS Terengganu

Kejayaan Umno di DUN Mahkota: Adakah ini petanda kebangkitan atau sekadar kemenangan?

52
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota tidak menunjukkan tanda-tanda kebangkitan ketara bagi Umno kerana penurunan undi lebih disebabkan pengundi perantau tidak pulang mengundi.

Katanya, kemenangan Umno dengan majoriti empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 tidak semestinya menggambarkan sesuatu yang ‘gah’.

Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, YB Ariffin Deraman berkata, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ialah 53.84 peratus.

“PRK kalau kita tengok tak jatuh banyak, kita (PAS) dapat 7347 undi pada PRK baru-baru ini.

“Pada saya normallah dan isu dia peratusan keluar mengundi agak rendah kerana masing-masing tidak merasakan ia satu kepentingan.

“Saya yakin orang Kuala Lumpur dan perantau tak balik serta pada ia tak jadi satu petunjuk bahawa Umno telah bangkit dalam pilihan raya baru-baru ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi (MPKN) peringkat Negeri Terengganu siri kali pertama di Menara Majis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Darul Iman, Kuala Terengganu, pada semalam.

Menurutnya, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi dengan 4,437 daripadanya adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis, selain 607 pengundi pos.

“Sebenarnya, DUN Mahkota merupakan kubu kuat Umno. Namun, apabila bertanding dalam gabungan PHBN, kawasan tersebut kembali menunjukkan kekuatannya.

“Walau bagaimanapun, berlaku pecahan undi, di mana BN yang asalnya kuat, tetapi PH memperoleh hampir 40 peratus undi daripada pengundi Cina. Gabungan ini menyebabkan sokongan solid pengundi Cina kepada PH, manakala undi Melayu menjadi berpecah.

“Jika kita dapat mengekalkan undi asal, kita tidak akan menghadapi masalah,” tambah beliau.

Dalam rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam saingan empat penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Amanah) 11,445, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN-Umno) 16,611, Mohamad Nor Lingan (PN-Bersatu) 7,614 dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan) 555.