KEMAMAN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) tampil membuat laporan polis mengenai satu komen yang telah dibuat oleh seorang pemilik akaun media sosial Facebook, Lau Peter Lau.
Komen tersebut yang ditulis menyatakan “Ajaran sesat ini, macam mat rod mak saleh” dibuat pada satu video yang berdurasi 1 minit.
Ketua DPPKK, Muhammad Ramlan Mahmood menyifatkan komen tersebut boleh meragukan dan mencetuskan kebimbangan serta kemarahan umat islam.
“Jadi kami telah membuat satu laporan polis supaya polis dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan kepada penama tersebut,” katanya kepada pemberita yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman selepas membuat laporan polis, semalam.
Beliau juga turut meminta semua pihak dapat bersabar agar pihak polis dapat menjalankan tugasnya dan menyelesaikan kes ini.