Home Berita PAS Terengganu

Penjualan vape bercampur ‘Mushroom Magic’ kepada pelajar membimbangkan

29
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kes ‘Mushroom Magic’ yang dicampurkan di dalam ‘vape’ dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah semakin menular dan mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, setiap minggu pasti ada llaporan mengenai guru sekolah yang menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan tindakan diambil terhadap isu berkenaan, Terengganu tidak terkecuali.

Sebagai contoh katanya, memetik ucapan pegawai AADK dalam ceramahnya tentang bahaya dadah, telah menjadikan contoh yang berlaku di Kemaman tempoh hari mengenai ‘Mushroom Magic’ yang disyaki dicampur dalam cairan vape dan dijual kepada pelajar sekolah.

“Inilah realiti yang perlu kita hadapi buat masa sekarang dek kerana tidak ada satu punca kuasa pihak yang berwajib bagi menghalang fenomena ini terus membarah,” ujarnya melalui facebooknya.

Mengulas lebih lanjut katanya, beliau hairan bagaimana kes itu boleh dicetuskan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan yang menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran untuk menjual bahan terlarang itu.

“Saya pun hairan keran ada manusia yang sanggup untuk menjual bahan bahaya ini kepada anak-anak pelajar.

“Adakah mereka tidak rasa bersalah ataupun berdosa menjual bahan yang diharamkan di dalam islam?,” katanya.

Dalam pada itu, Suhazali berkata ketika menyampaikan ceramah beliau sering memberikan kesedaran tentang bahaya vape dan rokok.

“Pagi tadi saya juga sampaikan satu slot cerama mengenai rokok dan vape serta isu yang berkiatan dengan pondaan terbaharu RUU (Rang Undang-Undang) Kawalan Tembakau 2024,” ujarnya.