Home Berita PAS Terengganu

Walau ‘Ditekan’, Terengganu tetap salur air percuma kepada 13,922 akaun

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sejumlah RM2.5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd  (SATU) bagi pemberian bekalan air percuma yang memanfaatkan 13,922 akaun di seluruh negeri bagi tahun 2024.

Pengerusi Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia jelas membuktikan bahawa subsidi bekalan air percuma kepada golongan B40 dan golongan sasar tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat.

Katanya, masalah royalti bukan menjadi penghalang untuk kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab sosial untuk rakyat yang layak menerimanya walaupun jumlah nilai pemberian air percuma sebenarnya meningkat  untuk setiap akaun penerima yang mana kosnya ditanggung kerajaan negeri.

“Perkara ini melibatkan 11,782 akaun melibatkan peruntukan  sebanyak RM1.3 juta bagi premis kediaman golongan B40 yang layak mengikut ketetapan kerajaan negeri.

“Semua masjid (956 akaun) serta surau (1,184 akaun) yang berdaftar menerima subsidi bekalan air bersih percuma tanpa had berjumlah RM1.2 juta secara keseluruhannya.

“Sementara itu, bagi masjid dan surau yang tidak berdaftar, akan menerima subsidi sebanyak 50 meter padu pertama secara  percuma dan penggunaan selebihnya akan dibayar dengan kadar baharu bagi setiap meter padu,” ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, inisiatif itu merupakan penerusan pelaksanaan manifesto seperti yang dijanjikan  Pas Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bermula sejak 2019.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menegaskan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan B40 termasuk pembekalan air percuma kepada masjid di seluruh negeri tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat.

Menurutnya program bekalan air percuma telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan sampai ke hari ini tiada pengurangan dari segi penerima bantuan tersebut.

Beliau menambah bahawa dalam apa jua keadaan, usaha untuk bertahan walau menghadapi tekanan perlu diteruskan.

SATU sebagai penyelia perkhidmatan bekalan air terawat di Terengganu, menyediakan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta rakyat, meliputi 342,364 akaun, pengguna domestik dan bukan domestik