Home Berita PAS Terengganu

Penjawat awam disaran tingkatkan produktiviti selaras kenaikan gaji

6
SHARE

KUALA TERENGGANU – Penjawat awam di seluruh negara digesa meningkatkan produktiviti  kerja selaras dengan kenaikan gaji bakal diumumkan oleh kerajaan pada 16 Ogos depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata beliau percaya dengan kadar baharu gaji tidak perlu dijadikan isu kerana pihaknya memberi jaminan akan meningkatkan mutu serta terus memberi perkhidmatan baik kepada rakyat.

“Kenaikan gaji atau kadar baharu gaji itu diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 1 Mei lalu. Perinciannya akan diumumkan pada 16 Ogos ini, manakala pelaksanaan pula pada Disember depan. Maksudnya, kerajaan hendak melihat lebih awal sumbangan kita (penjawat awam) sebelum gaji dinaikkan.

“Kita lihat ramai netizen komen sebagai contoh mempersoalkan kenapa harus naik gaji, kenapa gaji dipertingkatkan dan perkhidmatan diberi belum ada penambahbaikan dan sebagainya. Jadi semua ini kita ambil maklum.

“Kami ingin menjelaskan pada rakyat. Jangan bimbang dengan kenaikan gaji penjawat awam. Kenaikan gaji ini tetap kami beri perkhidmatan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Inspirasi Gemilang Penjawat Awam (Kesihatan Negeri Terengganu) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Adnan menyatakan tidak menolak bahawa kerajaan boleh membuat sesuatu keputusan lain berhubung kenaikan gaji itu sekiranya tiada sebarang peningkatan dari segi produktiviti dan prestasi dipamerkan penjawat awam.

Bagaimanapun, Adnan memberi jaminan bahawa penjawat awam sentiasa memberi komitmen tinggi dalam menjalankan tugas, dan ia dibuktikan melalui peranan penting dimainkan mereka sebagai barisan hadapan ketika pandemik COVID-19.

“Jadi jangan berasa ragu (naik gaji). Walaupun naik gaji tetapi perkhidmatan (diberikan) tetap kekal sebagaimana hari ini.

“Malah kami beri jaminan akan beri lagi perkhidmatan sebagaimana kami telah lakukan semasa Covid-19 di mana kami bertindak sebagai barisan hadapan dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kedaulatan negara,” jelas beliau.