Home Berita PAS Pahang

Solat membezakan Islam dengan bukan Islam

62
SHARE

Oleh : ZAITON ABDUL HALIM

PEKAN, 5 Ogos – Solat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam, oleh itu orang Islam wajib solat.

Begitulah antara kata-kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan semasa merasmikan Program Kem Solat Hadi Huda di PASTI Al-Hikmah di sini semalam.

“Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan menjadi penanda dalam membezakan di antara Islam dengan bukan Islam.

“Orang India, orang Cina, agama mereka lain jadi mereka sembahyang cara mereka dan kita solat seperti yang kita belajar dengan muallimah pada hari ini.

“Allah suka pada seseorang pemuda yang bertemu dengan pemuda lain kerana Allah dan bila berpisah kedua  pemuda tersebut pun kerana Allah,” jelasnya.

Beliau yang juga sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang mahu mempelajari ilmu ibadah di samping dapat berkenalan dengan kawan baharu yang turut sama dalam program ini.

Pendekatan yang dibawa dalam pengukuhan solat ini termasuklah bacaan solat, praktikal solat berjemaah, sahsiah diri dan permainan interaktif.

Kem dua hari itu disertai seramai 23 orang pelajar berumur lima hingga tujuh tahun terdiri dari pelajar PASTI dan pelajar luar yang berminat.

Tenaga pengajar program tersebut adalah guru-guru pelatih semester enam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak PASTI Kawasan Pekan iaitu Siti Hajar Abu Bakar, Sumaiyah Saro dan Nurul Idayu Mohd Zali serta dibantu seorang guru matematik Ilma Osman.