Home Berita PAS Terengganu

TASTI akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu

30
SHARE

KUALA TERENGGANU – Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) yang merupakan inisiatif pendidikan sebelum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan beroperasi di setiap daerah di Terengganu

Untuk memberi pendedahan kepada pihak pengurusan, guru dan pengasuh tentang organisasi dan
pengurusan, kurikulum, hal ehwal kanak-kanak dan aktiviti-aktiviti TASTI, Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LPIKK),telah mengadakan kunjungan ke TASTI As Solihin.

Pengerusinya, Norhayati Mohd berkata TASTI merupakan nurseri di bawah kelolaan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dan TASTI As Solihin telah dianugerahkan Naib Johan TASKA Negeri Pahang.

“Walaupun TASTI ini merupakan ‘Pilot Project’ Indera Mahkota, namun ia telah menjadi sebagai satu model yang baik untuk taska negeri Pahang dan menerima Penarafan Empat Bintang TASKA Negeri Pahang 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam mengulas Kunjungan Sambil Belajar ke TASTI As Solehin, Kotasas, Indera Mahkota, Pahang pada 26 Julai lalu.

Norhayati turut mengetuai rombongan seramai 17 orang yang juga disertai Ketua Muslimat Setiu, Ustazah Wan Ramlah Wan Abdul Rahman dan disambut oleh antaranya Pengarah TASTI Malaysia, Rashidah Arbain, Ketua Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota, Puan Salwani Salleh dan Pengurus TASTI As-Solihin, Norhafsah Omar.

Menurutnya, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu bercadang untuk membuka TASTI di setiap daerah di negeri itu.

“Sehingga kini kita ada TASKA As-Salam di Bukit Payong, Marang yang diluluskan pihak berwajib bulan Mei baru-baru ini, dengan dua pengasuh dan sembilan anak asuhan yang berusia dua hingga empat tahun,

” Insya Allah akan menyusul di Setiu dan Kemaman, ” jelasnya lagi