Home Berita PAS Terengganu

Malaysia baharu perlu dibina semula

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) melihat bahawa Malaysia Baharu perlu dibina demi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera di masa akan datang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa didatangi pelbagai pihak yang menyatakan ingin bersama dengan komponen PN dan PAS sendiri yang akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian serta kepentingan bersama bagi membangunkan negara.

“Kami melihat masa depan negara yang lebih baik ‘a new Malaysia’ harus kita bina dengan (memperkasakan) muafakat politik sedia ada antara PAS bersama dengan rakan-rakan dalam PN.

“Ia perlu kita kembangkan dari semasa ke semasa (dan) ini akan menjadi satu tawaran yang baik untuk Malaysia baru, insya-Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa sidang akhbarnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pihak pembangkang iaitu PN datang untuk berunding dengannya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Samsuri menyatakan pihaknya tidak berminat untuk melayan kenyataan yang tidak berasas itu.

“Apa yang dia sebut dia punya pasal, saya tidak campur apa yang disebut, (selama ini) berjumpa di parlimen, selisih dalam mesyuarat itu pertemuan dengan peranan masing-masing sama ada sebagai  Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun kerajaan.

“Itu bukan diklasifikasikan sebagai pertemuan perbincangan politik, itu akan kalau bertemu dengan Ahli Parlimen UMNO sekalipun itu adalah pertemuan dalam konteks mengurus tadbir sesuai dengan perananan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN di negeri masing-masing,” ujarnya.

Menjawab mengenai akan berlaku atau tidak kerjasama dengan UMNO pada masa akan datang, katanya perkara pada masa hadapan sukar untuk diramal.

“Jadi saya tidak akan komen tentang perkara akan datang, setakat ini tiada apa-apa perancangan, tidak ada untuk mengadakan pertemuan dan seumpama dengannya,” jelasnya,