Home Berita PAS Perak

Enakmen baharu kawal haiwan liar: Pastikan keselamatan rakyat terjamin

29
SHARE

11 JULAI 2024

IPOH: Anjing liar yang berkeliaran sama ada dalam peliharaan ataupun yang terbiar sering membuat kacau ganggu kepada penduduk dengan mengejar, menggigit serta menyelongkar tong sampah di kediaman penduduk.

ADUN Manjoi, YB Hafez Sabri berkata, isu ini telah mendatangkan ancaman bahaya kepada penduduk serta menggangu kebesihan di kawasan sekitar penduduk malah lebih menakutkan ianya menyebarkan wabak penyakit Rabies.

“Banyak kes yang berlaku melibatkan serangan anjing liar ini terhadap kanak-kanak sekolah sehingga ada yang mengalami kecederaan ganguan saraf, patah tangan, luka-luka dibadan, muka dan kaki.

“Bukan sahaja kanak-kanak, malah warga emas juga pernah dikejar anjing liar disekitar kawasan perumahan Klebang Jaya dan menggangu masyarakat sekitar Chepor Permai,Kg. Gugusan Manjoi, Kg. Seri Klebang dan lain-lain tempat,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, kes ini tidak hanya melibatkan anjing liar, malah turut berlaku kerbau, lembu, kambing, babi dan kera yang berkeliaran merosakkan tanaman dan menakutkan penduduk tempatan.

Walaupun sebelum ini terdapat Jawatankuasa Penyelaras Penangkapan Anjing Terbiar/Haiwan Merayau di bawah pentadbiran sebelumnya, isu ini masih menjadi kebimbangan utama di kalangan penduduk.

“Antara langkah yang boleh dicadangkan dalam usul yang dibentangkan termasuk memastikan pemilik haiwan mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta menggalakkan pemantauan pembiakan anjing.

“Pada masa yang sama, cadangan untuk menggunakan kaedah gas karbon dioksida bagi mengurangkan populasi anjing liar telah diperkenalkan, kaedah ini boleh diangkat supaya menjadi keputusan kerajaan dan mempunyai pengiktirafan di semua PBT dan Daerah.

“Dengan adanya usul ini, harapan besar terletak pada perlaksanaan enakmen baru yang diusulkan dapat menangani masalah haiwan berkeliaran secara lebih efektif dengan langkah-langkah proaktif ini.

“Cadangan kerajaan negeri ini perlu diluluskan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat terjamin dalam jangka masa panjang disamping memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang bertindak supaya mereka tidak boleh didakwa ke mahkamah atas Tindakan keselamatan yang dilakukan,” katanya lagi.