Oleh : HABSAH ALI
KUALA KRAU, 9 Mei – “Kita pembangkang tidak pernah menyerang kakitangan PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) kita tidak menghina mereka jadi kalau ada tuduhan dari kerajaan kata kita emo (emosional), kita serang, tu tak betullah,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Ahli Dewan Perikatan Nasional Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Tambah beliau pihaknya sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan pegawai dan kakitangan PAIP.
“Kita beri beberapa pandangan supaya mereka membuat penambahbaikan untuk membaiki kebocoran, apabila ada aduan, segera dibaiki tidak menangguh sehingga sebulan atau dua bulan.
“Kebocoran yang berlaku menyebabkan kerugian pada kerajaan dan PAIP sendiri,” tambah beliau lagi.
Justeru, beliau mencadangkan agar PAIP perlu ada pemantauan sendiri yang agresif dan cakna untuk baik pulih saluran paip agar air terawat tidak berlaku kebocoran dan tidak berlakunya pembaziran air tersebut.