Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan gerakkan jentera tumpu PRN akan datang

37
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
12 April 2024

SANDAKAN: PAS Sandakan telah mula menggerakkan jentera bagi memberi tumpuan penuh kepada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) akan datang.

“Sudah tiba masanya untuk kita fokuskan sepenuhnya gerak kerja pilihanraya bagi menghadapi PRN Sabah kali ini,” kata Setiausaha PAS Negeri, Sahar Abdul Majid.

Menurutnya, berkat kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini sudah cukup untuk memberikan tarbiah sebagai persediaan mental dan fizikal.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Sinar Kasih Aidilfitri PAS Sandakan di Taman Indah Jaya, Sandakan dekat sini selasa lalu.

Melalui program itu, PAS telah mengagihkan hampir 1,000 pek Ayam dan Kuih Raya kepada keluarga asnaf yang kurang bernasib baik sekitar Sandakan.

Hadir sama, Ketua Penerangan PAS Negeri, Mustaman Mustain, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Rijaluddin Ansar, Ketua Pemuda PAS Kawasan, Azman Lapumdagar serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan yang lain.