Home Berita PAS Sabah

Petugas barisan hadapan terharu dikunjungi pagi Syawal

22
SHARE

Oleh: Ahmad Dihyah
12 April 2024

KINABATANGAN: Para petugas barisan hadapan terharu dan gembira menerima kunjungan serta mendapat buah tangan daripada PAS Kawasan Kinabatangan, di pagi Syawal, kelmarin

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla tahun ini merupakan tahun ketujuh program tersebut dilaksanakan bagi meraikan mereka yang terpaksa bertugas di pagi hari raya.

“Semua ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai, kami hanya pengantara menyampaikan kepada mereka yang bertugas untuk menjaga kesejahteraan negara terutamanya di Kinabatangan ini.

“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat sedikit sebanyak mengembirakan hati mereka yang terpaksa bertugas pada pagi raya dan tidak bersama keluarga. Moga Allah sentiasa lindungi mereka semasa bertugas,” katanya selepas penyerahan beg kuih raya.

Turut hadir Yang Di Pertua dan Naib PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur dan Tieyya Puddin serta Ketua Muslimat PAS Kinabatangan, Liyana Dahon