Home Berita PAS Pahang

PKM terus membantu masyarakat menjelang Syawal

15
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU : 7 Apr – Pusat Khidmat Masyarakat ( PKM) PAS DUN Semambu terus mengutamakan  kebajikan masyarakat menjelang Syawal.

“Sewaktu harga barangan keperluan terus  meningkat masyarakat merasakan suasana kini amat memeritkan  dan membebankan,” ujar Penyelaras DUN Semambu Ustaz Dzulfadhli Zakariah.

“Semoga dengan sedikit sumbangan dari PKM ke rumah-rumah mereka dapat memberikan sedikit keceriaan dan meringankan bebanan mereka,” tambahnya lagi.

Seramai 10 keluarga telah disantuni PKM di Taman Indera Mahkota 1 di sini hari ini hasil dari sumbangan orang ramai.