Home Berita PAS Terengganu

‘Iftar Box’ bantu masyarakat tak mampu

3
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Pembahagian ‘kotak berbuka puasa’ (Iftar box) pada bulan Ramadan merupakan inisiatif yang amat penting dalam membantu masyarakat tidak berkemampuan di kawasan Setiu.

Timbalan Ketua II Ameerah Setiu, Nor Marahaini Daud berkata, ia memberikan peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik untuk merasai sedikit kelainan dalam hidangan berbuka puasa mereka.

“Agihan iftar box bagi setiap dun, kita tetapkan 40 bekas untuk diagihkan di setiap DUN.

“Alhamdulillah ada juga dun yang mengagihkan lebih daripada itu.

“Melalui pembahagian ini, mereka yang kurang berkemampuan dapat menikmati hidangan yang sama rata dengan masyarakat lain tanpa perlu merasa terpinggir,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, pembahagian Iftar box juga membantu mengurangkan beban kewangan keluarga yang mungkin terpaksa memikirkan cara untuk menyediakan juadah berbuka.

“Selain daripada itu, ia juga dapat mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan sesama Islam.

“Sasaran agihan diberikan kepada yang tidak berkemampuan, anak ramai dan sebagainya,” katanya.