Home Berita PAS Sabah

Iftar Perdana PAS Keningau kukuhkan ukhuwah sesama ahli

26
SHARE

Oleh : Ajrul Hadi
3 April 2024

KENINGAU: Majlis Iftar Perdana PAS Kawasan Keningau yang berlangsung Ahad lalu telah berjaya mengukuhkan ukhuwah sesama ahli PAS sekali gus meraikan para penerima sumbangan Program Sinar Kasih Ramadan.

Majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi telah dihadiri Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Keningau, pimpinan Dewan Muslimat PAS kawasan, Dewan Pemuda PAS kawasan serta Dewan Ulamak PAS kawasan. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli PAS dari beberapa cawangan dan entiti PAS yang lain.

Sempena program Sinar Kasih Ramadan, 35 orang penerima telah menerima sumbangan bakul makanan manakala 12 orang penerima zakat individu serta seorang wakil daripada keluarga yang terlibat dengan kes kebakaran besar di daerah Papar.

Abdul Hisham Othman, Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau dalam ucapannya mengajak semua mensyukuri nikmat dan terus berusaha dalam meningkatkan ekonomi keluarga agar dapat menghulurkan bantuan kepada yang lain.

Tambahnya lagi, ahli perlu sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh PAS kawasan mahupun di peringkat cawangan.

Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat PAS Keningau, Norazian binti Sapiai, dan Ketua Dewan Pemuda PAS Keningau, Ridzqan Wirahadi.