Home Berita PAS Sabah

Jejak Kasih Ramadan ringankan beban asnaf

20
SHARE

 

Oleh : Mohd Safwan Bin Mohammad
30 Mac 2024

SEMPORNA: PAS Semporna menyantuni dan menyampaikan sumbangan bakul Ramadan kepada asnaf di Kampung Senang Hati Tobok-Tobok, di sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Semporna, Razis Asparin, program Jejak Kasih Ramadan itu bertujuan untuk meringankan beban penerima di bulan Ramadan.

“Pada tahun ini berlaku pertembungan persiapan sesi persekolahan bermula dan sambutan Hari Raya jadi sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Razis juga berpesan supaya menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan-amalan yang dianjurkan agar mendapat nilai takwa dari Allah.

Seramai 20 orang asnaf termasuk 2 orang anak yatim telah menerima bakul Ramadan berbentuk barangan keperluan dapur.

Sementara itu, Ketua Masyarakat Kampung Senang Hati, Lontok Jaulan berkata, mereka sangat berbesar hati menerima sumbangan daripada PAS.

Menurutnya, ini kali pertama mereka menerima sumbangan sejak sekian lama dan mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang pastinya menggembirakan penerima.

Turut hadir semasa majlis, Imam Masjid Kampung, Jaki Haji Takamura, Ketua Muslimat PAS Semporna, Afiqah Adam serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Semporna.