Oleh : Mohd Safwan Bin Mohammad
30 Mac 2024
SEMPORNA : Program Back To School (BTS) anjuran Biro Kebajikan PAS kawasan Semporna bantu 10 murid sekolah Kampung Labuan Senang, di sini, baru-baru ini.
Program ini bertujuan membantu keluarga ansaf yang serba kekurangan agar dapat belajar dengan selesa.
Meskipun sesi persekolahan telah bermula, masih belum terlambat untuk mereka melengkapkan keperluan persekolahan.
Ketua Biro Kebajikan, Razis Asparin berkata, “pendidikan adalah perkara sangat penting dan mampu mengubah nasib keluarga, belajarlah bersungguh-sungguh dan balaslah jasa ibu bapa dengan keputusan yang cemerlang.
Ketua Kampung Labuan Senang, Salleh Moktar menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kerana memilih Kg. labuan Senang untuk program BTS kali ini.
Harapan PAS Semporna semoga usaha ini dapat melahirkan anak bangsa yang bermanfaat buat masyarakat masa akan datang.
Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Semporna, Afiqah Adam dan jawatankuasanya.