Home Berita PAS Sabah

Majlis iftar perdana rai JIBG TASTI, PASTI & SRITI Kinabatangan

24
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
29 Mac 2024

Kinabatangan: PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan majlis Iftar Perdana yang berlangsung di Dewan Sri Milian, semalam.

Program tersebut dimulakan dengan sesi taklimat PASTI dan SRITI yang disampaikan oleh Pengerusi PASTI, Jumaidin Lakalla dan Guru Besar SRITI Kinabatangan, Nurliyana Dahon.

“Saya berbesar hati dapat bertemu lagi dengan Jemaah Ibu Bapa TASTI, PASTI & SRITI dan berterima kasih kepada ibu bapa yang menyokong dan beri sumbangan untuk PASTI dan SRITI Kinabatangan sehingga berkembang sejauh ini, “kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan.

Kata beliau, bulan ramadan merupakan bulan tarbiah kerana kita sedang melawan nafsu untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

“Jika kita mahu lihat sama ada berjaya atau tidak dengan jihad pada bulan ramadan ini, lihatlah selepas ramadan nanti sama ada masih istiqamah dengan amalan kita, tambahnya lagi.

Majlis iftar perdana itu dihadiri seramai 150 orang lebih terdiri daripada Jemaah Ibu bapa TASTI, PASTI, SRITI dan ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.

Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan tarawih serta tazkirah ramadan.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Bendahari Badan Perhubungan PAS Sabah, Abdul Hisham Othman dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Mustaman Mustain.