Home Berita PAS Pahang

Pekerja pembersihan pantai dirai berbuka puasa

36
SHARE

Oleh : WAN MOHAMAD AZMI WAN MAMAT

KUANTAN, 24 Mac – Majlis Berbuka Puasa diadakan bagi menyemarakkan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar telah menyantuni seramai 27 orang pekerja pembersihan Pantai Sepat dalam majlis berbuka puasa di Kampung Sepat di sini semalam.

Dalam majlis tersebut Rosli telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan sedikit bebanan mereka.

Selesai majlis berbuka puasa, beliau berkesempatan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah, diikuti sesi moreh ringkas.

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor, dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan Mohamad Hafizal Mohamed Shah.