Home Berita PAS Terengganu

200 Anak Yatim diraikan ADUN Alur Limbat

5
SHARE

ALUR LIMBAT – Seramai 200 anak yatim diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim DUN Alur Limbat di Masjid Beladau Selat.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna, Ariffin Deraman menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada seramai 200 orang anak yatim.

“Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak yatim sekalian bagi meringankan beban perbelanjaan membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim DUN Alur Limbat di Masjid Beladau Selat, di sini.

Mengulas lanjut katanya, program berkenaan merupakan acara tahunan Pejabat ADUN Alur Limbat setiap kali menyambut Ramadan yang bertujuan membantu anak-anak yatim dari keluarga kurang berkemampuan di DUN tersebut. Selain anak yatim, pejaga juga diraikan juga kali ini.

“Sumbangan yang diberikan ini amat istimewa sekali dan begitu bermakna kepada mereka yang memerlukan. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban para penerima dan keluarga bagi menyambut  Syawal yang akan menjelang tiba,” katanya.