Home Berita PAS Terengganu

Berukhuwah, bina kasih sayang dan lepaskan kepenatan

3
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Program Muqayyam Gen3 adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan ukhuwah di kalangan generasi muda serta memberi penekanan kepada pembinaan kasih sayang dan melepaskan kepenatan dalam kehidupan harian.

Ketua Ameerah Negeri, Asma Abdullah berkata, program ini bukan hanya sekadar satu acara, tetapi merupakan satu proses pembinaan hubungan yang berterusan.

“InsyAllah dengan program yang kita buat ini, pupuk kembali ukhuwah, semangat bekerjasama, semangat berpasukan mulai Muqayyam.

“Kita nak bina kekuatan jasmani di samping bina ukhuwah setelah penat bekerja dan inilah masa kita nak merehatkan diri,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam, mengulas mengenai Muqayyam Gen3 Negeri yang diadakan di Kekabu Inn, Setiau, 7 hingga 9 Mac yang lalu.

Menurutnya, sasaran peserta seramai 80 orang pimpinan peringkat kawasan serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) GEN3 negeri.

Justeru itu, beliau menyeru agar setiap pimpinan dapat istiqamah dengan gerak kerja program sama ada peringkat negeri hinggalah di kawasan masing-masing.

“Apa yang kita lakukan kita lihat pada niat dalam perjuangan, gerak kerja bukan sekadar nak kejar semangat semata-mata atau hanya untuk meningkatkan entiti anak muda.

“Tapi yang jauh lebih besar adalah perjuangan Islam itu sendiri merupakan cabaran yang besar untuk kita hadapi daripada Pilihan Raya Umum (PRU) kita nak mengisi kemenangan dan kekalkan kemenangan.

“Banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan,” tambah beliau lagi.