Home Berita PAS Pahang

Tiada kebajikan untuk pesara swasta umur 60 tahun ke atas

46
SHARE

Oleh : WAN MUHAMMAD AZMI MAMAT

KUANTAN, 15 Mac – Pekerja sektor swasta tidak mendapat kebajikan apabila berumur lebih 60 tahun, kata Wan Razali Wan Nor (PN–Kuantan) di Dewan Rakyat semalam.

“Sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada September 2023, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 74.8 tahun.

“Namun manfaat pencarum Skim Keselamatan Sosial (PERKESO) terhad sehingga umur 60 tahun sahaja,” katanya lagi.

Justeru beliau meminta agar kerajaan mengkaji semula had umur tersebut dan dinaikkan sehingga 70 tahun.

Tambahnya lagi, pencarum yang belum pernah membuat tuntutan dapat diberikan separuh dari manfaat asal yang telah ditetapkan.

Pertanyaan beliau telah dijawab oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad bahawa kerajaan sedang membuat kajian berkaitan manfaat pencen penjawat awam seramai 1.7 juta orang berbanding faedah pencarum PERKESO seramai 10 juta orang.

Dalam pada itu beliau mengaitkan pula dengan faedah caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang tiada had umur.