Home Berita PAS Terengganu

Ramadan bulan perjuangan, peperangan

56
SHARE

[Gambar: Rakyat Palestin menunaikan solat di hadapan masjid yang musnah akibat serangan udara Israel di Rafah, Semenanjung Gaza, pada hari Jumaat, 8 Mac 2024, menjelang bulan suci Ramadan.]

Ramadan adalah belan penuh keberkatan dan keampunan serta dijanjikan Allah, keselamatn daripada api neraka kepada sesiapa yang benar-benar, berjuang diatas jalannya.

Justeru itu, marilah kita berlumba-lumba merebut peluang untuk berjihad bagi menigkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Menelusuri sirah dunia Islam, Ramadan juga benar-benar satu bulan perjuangan, yang tercatat dalam sejarah berlaku peperangan dan kemenangan.

Antara beberapa perang yang berlaku pada bulan Ramadan adalah;
1. Perang Badar

Terdiri daripada 313 orang umat Islam dengan kehendak Allah telah mengalahkan pasukan kafir Quraisy yang berjumlah kurang lebih 1,000 orang. Perang ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

2. Perang Ahzab

Ia juga lebih dikenali sebagai perang Khandaq. Perang ini sebenarnya tercetus pada awal bulan Syawal. Namun fasa persiapan untuk menghadapi hari peperangan tersebut adalah berlaku pada bulan Ramadan yang mana Rasulullah SAW dan para sahabat RA bergotong-royong dengan susah payah membuat strategi menggali parit sebagai kubu pertahanan. Semua ini mereka lakukan pada bulan Ramadan.

Umat Islam menghadapi pasukan pakatan Quraisy dan Yahudi yang mempunyai kekuatan 10,000 orang. Musuh-musuh Allah tersebut tidak mampu menembus kota Madinah disebabkan parit-parit yang telah dibuat oleh umat Islam. Maka akhirnya dengan rasa putus asa, mereka pun angkat kaki menerima kekalahan.

3. Perang Hittin

Pertempuran yang berlaku di wilayah Tiberias, berdekatan dengan kota Hittin ini merupakan kekalahan terbesar yang menimpa pasukan dan kaum Salib ketika itu. Di bawah pimpinan Salahudin al-Ayyubi, umat Islam berjaya memenangi peperangan ini sekali gus menjadi gerbang pembuka untuk menakluk kembali Baitulmuqaddis untuk umat Islam. Perang ini berlaku pada bulan Ramadan tahun 584 Hijrah.

4. Perang Ain Jalut

Pada 25 Ramadan tahun 658 hijrah, terjadilah pertempuran dahsyat antara kerajaan Islam Mamalik dan tentera Mongol. Walaupun ketika itu tentera-tentera Mongol terkenal dengan keganasan mereka terhadap musuh-musuhnya namun pada pertempuran kali ini, mereka tewas di tangan kaum Muslimin tanpa ada tindak balas daripada mereka.

5. Penaklukan Andalusia ( Sepanyol)

Pasukan Muslim yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad menyerbu kota-kota sempadan selatan pantai Andalusia dengan mengalahkan Raja Roderick. Peperangan ini berlaku pada bulan yang mulia Ramadan tahun 92 Hijrah.

Inilah sebahagian dari sejarah besar umat Islam yang berlaku pada bulan suci Ramadan, penuh dengan perjuangan dan kesabaran tetapi akhirnya membuahkan kemenangan yang manis.

Setiap peristiwa tersebut juga mengajar kita bahawa bulan puasa bukanlah bulan untuk bermalas-bermalasan melainkan berjuang dalam penuh kesabaran demi meraih keredaan-Nya.

Oleh itu, Buletin Online mengajak seluruh kaum Muslimin, menelusuri perjalanan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para salafussoleh pada bulan Ramadan, agar ia dapat memotivasi diri kita dalam beribadah kepada Allah dan mampu bersabar menghadapi segala ujian pada bulan puasa ini.