KUALA TERENGGANU – Muslimat mengambil peluang mencari kelegaan, berinteraksi dengan alam, menghilangkan lelah seketika, setelah melalui kehidupan harian yang bergerak pantas mengejar masa, melaksanakan tugasan.
Pengerusi Lajnah Pertanian, Keterjaminan Makanan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LPKMASPI) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Zuraida Md Noor berkata, Program Menggenggam Bumi Hijau Zon Timur telah memilih Setiu Wetlands sebagai destinasi pemukiman (retreat).
“Menerokai sembilan ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau,
“titik semak (checkpoint’ ) pertama, sejarah rumah usang, kedua, Setiu Boardwalk, ketiga, mencari kepah, keempat sangkar ikan siakap dan terakhir dan kelima iaitu mencari kerang,” katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu berkata demikian ketika dihubungi hari ini di sini mengulas ‘retreat’ yang diadakan pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Menurutnya, Program yang melibatkan lima orang peserta, wakil lajnah tersebut daripada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.
.m
“Di sini kami menelusuri Kuala Setiu dan melakukan beberapa aktiviti meliputi sangkar peliharaan ikan laut, mencari kepah dan lokan.
“Tambah menarik apabila hasil-hasil tangkapan yang kami perolehi, dibakar segar dan kami nikmati bersama-sama di atas gazebo(pondok kecil tanpa dinding) bertemankan angin sepoi-sepoi,” ceritanya penuh teruja.
Selain itu, rombongan berkenaan juga turut mengadakan lawatan ke projek Pertanian Bandar di Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk bertemu isteri beliau, Puan Sri Zainab Awang.