Home Berita PAS Terengganu

𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗨𝗔𝗟

17
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyokong penuh ucapan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman di Sidang Parlimen semalam mengenai isu penyaluran royalti petroleum untuk Rakyat Terengganu.

Seruan yang dibuat oleh YAB Dr. Samsuri di Parlimen melambangkan desakan segera 1.2 juta rakyat Terengganu terutamanya anak muda bagi memastikan kerajaan persekutuan membuat bayaran royalti mengikut jadual.

Tindakan diskriminasi terpilih ini bertentangan dengan prinsip ihsan dan hormat yang menjadi tiang seri kepada Malaysia Madani. Malah, lebih berat ianya tidak menghormati konsep federalism yang diamalkan oleh kerajaan Madani dan menunjukkan bahawa mereka tidak mengamati titah YDPA semasa pembukaan parlimen baru-baru ini.

Titah YDPA yang inginkan ahli politik untuk berkerja kepada rakyat tanpa mengira parti politik mesti dipandang serius oleh semua ahli parlimen.

Kerajaan Madani harus ingat bahawa tanggungjawab untuk melunaskan wang royalti adalah lebih dari sekadar kewajiban mengikut perjanjian, bahkan ia adalah kewajiban moral dan etika yang harus dihormati.

Justeru itu, DPPNT dengan tegasnya mendesak agar royalti Petroleum rakyat Terengganu dibayar dengan segera kepada kerajaan Terengganu agar pembangunan dan kebajikan rakyat Terengganu terus terpelihara.

𝑼𝙨𝒕𝙖𝒛 𝑴𝙤𝒉𝙙 𝙃𝒂𝙧𝒖𝙣 𝙀𝒔𝙖
𝘒𝑒𝘵𝑢𝘢 𝘗𝑒𝘮𝑢𝘥𝑎 𝑃𝘈𝑆 𝑁𝘦𝑔𝘦𝑟𝘪 𝘛𝑒𝘳𝑒𝘯𝑔𝘨𝑎𝘯𝑢
𝐴𝘑𝐾 𝐷𝘦𝑤𝘢𝑛 𝑃𝘦𝑚𝘶𝑑𝘢 𝘗𝐴𝘚 𝘔𝑎𝘭𝑎𝘺𝑠𝘪𝑎