Home Minda Presiden

Undang-undang di rimba mengatasi majlis keselamatan PBB

22
SHARE


Minda Presiden PAS
[Bil: 11 / 2024]
UNDANG-UNDANG DI RIMBA MENGATASI MAJLIS KESELAMATAN PBB


Menjadi konsep undang-undang di rimba, siapa yang kuat menjadi penentu segala keputusan tanpa mengira sama mana yang betul atau salah. Walaupun telah berlaku zalim dan kejam secara melampau sehingga membunuh dan memakan mangsanya dengan ganas dan kejam, ia masih dianggap perkara biasa. Inilah sifat binatang buas yang tidak berakal.

Sekiranya manusia yang berakal melakukannya, maka ia menjadi lebih ganas dan buas. Adapun binatang paling ganas hanya boleh membunuh mangsa dalam jumlah yang kecil, jika hendak dibandingkan dengan manusia yang berakal boleh membunuh berjuta-juta mangsa dengan senjata pemusnah yang diciptakannya.

Firman Allah SWT:

﴿أَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيۡهِ وَكِيلًا٤٣ أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَكۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلًا٤٤﴾

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka, apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (43) Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu). (44)” [Surah al-Furqan: 43-44]

Kini disaksikan oleh seluruh dunia, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kemenangan kepada Afrika Selatan yang membawa tuduhannya dan memutuskan negara haram Israel bersalah dari segi undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan prinsip demokrasi. Padahal ia menjadi perkara yang paling menjadi kebanggaan negara blok Barat (Amerika dan sekutunya) yang meletakkan diri mereka menjadi hero demokrasi dan hak asasi manusia.

Keputusan tersebut sekadar menjadi berita, tidak diterima oleh Israel dan diikut sama oleh negara Barat tersebut yang membekalkan segala jenis senjata secara bertali arus kepada Israel. Kononnya, atas hujah menjaga keselamatan dan keamanan negara haram itu lebih diutamakan, walaupun dengan segala keganasannya yang paling melampau. Begitulah dilakukan terhadap semua keputusan yang menghukum negara haram Israel.

Seluruh dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai dalam perang yang berlaku sebelum ini dan kini sedang berlaku di Gaza seterusnya merebak ke seluruh Palestin. Keadaan ini mengancam keamanan dunia kerana ia boleh merebak ke seluruh rantau dan boleh mencetuskan perang dunia pada bila-bila masa.

Peperangan yang dilakukan oleh negara haram Israel turut disertai sekutunya yang menganut fahaman Zionisme daripada negara Barat tanpa sempadan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Sehinggakan ia meragut nyawa sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, kaum wanita, warga tua, pesakit di tempat rawatan di hospital dan khemah perlindungan, bahkan tanah perkuburan juga menjadi sasaran.

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi Majlis Keselamatan dibatalkan melalui kuasa veto Amerika Syarikat dengan sokongan sekutunya yang mahukan peperangan tidak dihentikan. Bahkan, terus dibantunya dengan senjata dan lain-lain secara bersama oleh semua negara tersebut kepada Israel yang terus mengganas.

Pada masa yang sama, mereka sibuk melangkah dan terbang ke sana ke mari menunjuk-nunjuk kononnya apa yang dilakukan untuk mewujudkan perdamaian dan menegakkan hak asasi manusia.

Semua negara bersekutu itu mendabik dada sebagai pendukung demokrasi, hak asasi manusia dan semua slogan yang terbaik. Kini, mereka mendedahkan kepura-puraannya tanpa maruah kemanusiaan yang sebenar, sehingga menjadikan masyarakat antarabangsa dikuasai oleh undang-undang hutan di rimba.

Kumpulan Zionis dan sekutunya pula yang menentukan jenama pengganas kepada semua yang terlibat menentangnya, disokong pula oleh semua negara tersebut. Sama ada kumpulan yang mempertahankan diri seperti Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah atau ikut serta membantu kumpulan yang terlibat menentangnya seperti Yaman, Iran, Syria, Algeria, negara Amerika Latin, Afrika dan lain-lain.

Pada masa yang sama, ada pula kalangan negara yang mengadakan normalisasi hubungan dengan negara Zionis itu. Maka, berlakulah bencana kemanusiaan sebagaimana yang disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW menjadi tanda kemusnahan alam. Sabda Baginda SAW:

‌وَأُكْرِمَ ‌الرَّجُلُ ‌مَخَافَةَ ‌شَرِّهِ.

“Apabila dihormati seseorang kerana takutkan kejahatannya (bukan kerana baik dan adilnya).” [Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Bab Ma Ja’a fi ‘Alamat Hulul al-Maskh wa al-Khasf, No. 2210, daripada ‘Ali bin Abi Talib]

Begitulah kepatuhan masyarakat antarabangsa terhadap negara besar yang zalim dan ganas. Prinsip imperialisme ketinggalan zaman yang menakluk dunia selama beberapa abad, membunuh penduduk asal, sehingga mengabdikan sesama manusia dan dijual seperti binatang kini masih dihidupkan oleh negara yang dianggap maju dan bertamadun.

Allah berfirman secara khusus kepada kaum Yahudi, bangsa paling dilaknat dan dimurkai Allah yang mempengaruhi negara-negara besar tersebut:

﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾

“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu (bakhil).’ Sebenarnya, tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bahkan) kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (pemurah). Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka terus berbuat kerosakan di muka bumi; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Firman Allah SWT:

﴿…وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ٦١﴾

“…Lalu ditimpakanlah kepada mereka kenistaan dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 61]

Firman Allah SWT lagi:

﴿قُلۡ هَلۡ أُنَبِّئُكُم بِشَرّٖ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيۡهِ وَجَعَلَ مِنۡهُمُ ٱلۡقِرَدَةَ وَٱلۡخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّـٰغُوتَ ۚ أُوْلَٰٓئِكَ شَرّٞ مَّكَانٗا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ٦٠﴾

“Katakanlah, ‘Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya daripada (orang-orang fasiq) itu di sisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah taghut (pelampau)?’ Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat daripada jalan yang lurus.” [Surah al-Ma’idah: 60]

Perangai mereka laksana babi dan kera (binatang yang hina dan najis membawa penyakit) dan mereka melantik kalangan pelampau menjadi pemimpin negara.

Kuasa besar Barat paling bertanggungjawab menubuhkan negara haram Zionis Israel bagi meneruskan perjuangan penjajahannya. Mereka menjadikan Israel pangkalan hadapannya, di samping negara-negara pengikut yang menjadi alatnya untuk meletakkan pangkalan tentera dan sumber ekonomi secara khusus bagi menghadapi umat Islam.

Maka, kemunculan negara dan kumpulan yang gagah berani menghadapi kezalimannya, khususnya kumpulan yang berwajah Islam tanpa peduli mazhabnya seperti kumpulan dari Afghanistan dan Iran, Hamas, Hizbullah dan Ansarullah dikira menjadi ancaman dan pencabar yang menentangnya, lalu semunya dilabelkan pengganas. Termasuk negara yang berani menyokong atau bersimpati yang turut dimasukkan ke dalam senarainya.

Sebenarnya, semua kumpulan Islam tersebut mengikut panduan firman Allah:

﴿…وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ٢٥١﴾

“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sebahagiannya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosak binasalah bumi ini. Akan tetapi, Allah sentiasa melimpah kurniaan-Nya kepada sekalian alam.” [Surah al-Baqarah: 251]

Semua kumpulan Islam dan negaranya bertindak dan berperang mengikut panduan dan petunjuk Allah. Firman Allah SWT:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Hamas yang menang besar dalam pilihan raya Palestin tidak diberi jalan untuk menubuhkan kerajaan melalui konsep demokrasi. Dalam keadaan pendatang Zionis dibawa masuk beramai-ramai menceroboh dan merampas, serta membunuh dan melampau sehingga menceroboh Masjid al-Aqsa. Maka, Hamas bertindak cepat menyerang bala tentera negara haram Zionis Israel.

Semua kumpulan Islam berjihad bersama Hamas tanpa mengira mazhab dan bangsa. Mereka hanya menyerang sasaran tentera mengikut petunjuk al-Quran tanpa melampau, bahkan mereka melayan tawanan Yahudi dengan adab-adab Islam yang diakui melalui media Israel oleh tawanan yang telah dibebaskan sehingga terpaksa dilakukan sekatan oleh kerajaan Israel.

Negara haram Israel gagal melakukan serangan balas, walaupun mereka dibantu oleh semua kuasa besar yang membantunya. Hal ini menjadikan mereka semua hilang perhitungan kemanusiaan yang selama ini diuar-uarkan dengan megahnya bahawa merekalah pejuang dan penaung keamanan, keadilan dan hak asasi bagi seluruh pelosok dunia.

Inilah akibat madani jahiliah yang telah diberikan amaran oleh Allah, melalui iktibar daripada semua kuasa besar yang bertamadun yang telah ditelan sejarah apabila mendapat kemurkaan Allah. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ١٤﴾

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (8) Dan terhadap kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan terhadap kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) (Semua itu mereka) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (masing-masing). (11) Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12) Disebabkan itu, Tuhanmu menimpakan kepada mereka pelbagai paluan azab. (13) Sesungguhnya, Tuhanmu itu benar-benar mengawasi. (14)” [Surah al-Fajr: 6-14]

Begitulah akibat yang menimpa semua kuasa besar yang melampau zalimnya sepanjang zaman, apabila kezalimannya menjadi sebab kemusnahannya termasuk bangsa Yahudi. Firman Allah SWT:

﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا٧﴾

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini sebanyak dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai. (7)” [Surah al-Isra’: 4-7] 

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 16 Sya‘ban 1445 / 26 Februari 2024