Home Berita PAS Pahang

Kupon ‘Back To School’ menampung keperluan penduduk Beserah

128
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 2 Mac – “Keadaan hari ini memang kita perlu membantu rakyat terutama sekali dengan kos sara hidup yang semakin meningkat ikut kadar kemampuan kami.

“Dengan tiada peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan, kita tidak mampu untuk membantu keseluruhan tetapi kita pilih yang benar-benar memerlukan bantuan ini,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kupon bantuan persekolahan bernilai RM100 kepada 70 orang pelajar di salah sebuah pasaraya Balok di sini semalam.

Beliau melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang kerana dengan sumbangan tersebut dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah masih ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin inginkan rakyat dapat hidup dalam kesejahteraan dan keselesaan,” tambahnya lagi.

“Alhamdulillah telah cukup semua keperluan baju anak-anak, terima kasih sangat-sangat kerana telah meringankan bebanan kami,” kata Siti Aidil Fitri Ramli seorang ibu tunggal yang menanggung seramai empat orang anak yang masih bersekolah.

Program ‘Back To School’ anjuran PAS cawangan Beserah Tengah itu diadakan setiap tahun, khususnya untuk mereka yang tinggal di sekitar Beserah, Pelindung dan pada tahun ini termasuk Taman Dato Rashid.