Home Berita PAS Pahang

Pelajar India dan Cina terima bantuan Kembali Ke Sekolah

72
SHARE

Oleh WAN MUHAMAD AZMI MAMAT

KUANTAN, 24 FEB – PAS Kawasan Kuantan terus menyantuni masyarakat dengan menganjurkan program Kembali Ke Sekolah di Kampung Jawa Teruntum hari ini di sini.

Seramai 20 orang menerima beg dan peralatan sekolah di kalangan pelajar India serta mualaf India dan Cina.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Kuantan dengan kerjasama LPN Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuantan serta NGO Pertubuhan Kebajikan Darul Nisa At Thohirah (DINASTI).

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor hadir menyampaikan sumbangan tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan keperluan keluarga puan-puan sempena pembukaan sesi persekolahan pada awal bulan Mac 2024,” ujar beliau.

Puan Parimala daripada Kampung Tengah mengucapkan penghargaan di atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kerana beri beg dan alatan sekolah kepada anak saya,” ujar Puan Parimala.

Manakala penerima Mohd Rais (12) dengan perasaan gembira berkata beliau akan menggunakan beg tersebut apabila sesi persekolahan dibuka pada bulan hadapan.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi NGO DINASTI Maskhazula Ismail dan Pengerusi LPN PAS Kawasan Kuantan Al Imran Yusof.