Home Berita PAS Pahang

LKKS Bentong serah sumbangan Kembali Ke Sekolah 2024

61
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 18 Feb – Lajnah Kebajikan Dan Keprihatinan Sosial (LKKS) PAS Kawasan Bentong menyerahkan sumbangan kepada anak-anak asnaf dalam Dewan Negeri Pelangai sempena Program Kembali Ke Sekolah 2024 PAS Kawasan Bentong, Khamis lalu.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, merangkap Penyelaras PAS DUN Pelangai, Cikgu Kasim Samat mewakili Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Cikgu Khairudin Abdullah telah menyampaikan sumbangan dalam satu majlis melibatkan 35 orang penerima terdiri daripada anak-anak asnaf Felda Chemomoi, Kemasul dan Sri Pelangai.

Menurut Ketua LKKS Bentong, Faezah Mohammad, pada tahun ini LKKS telah berjaya mengumpul sejumlah dana seperti disasar hasil derma dan sumbangan orang ramai melalui tabung kembali ke sekolah yang dilancarkan penghujung tahun lalu.

Ujarnya, sumbangan berupa beg dan sedikit wang saguhati akan diagihkan kepada 150 orang penerima daripada seluruh parlimen Bentong melalui program ziarah rumah ke rumah di setiap cawangan yang dikenalpasti.