Alhamdulillah pagi tadi menerima kunjungan dari Muslimat Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Mereka sedang mengadakan ‘Program Jejak Murabbi’ ke Kedah dan Pulau Pinang.
Kami saling berkongsi sejarah para ilmuan yang ada di Kepala Batas dan usaha-usaha murni untuk mengimarahkan masjid seperti kemudahan-kemudahan yang ada di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah. Satu permusafiran yang sangat murni menjejaki murabbi di serata Malaysia, inilah semangat kaum wanita yang perlu dijadikan inspirasi & tauladan.
Turut bersama Ustaz Haji Badrul Bin Salleh, Pengerusi Masjid At-Taqwa bagi berkongsi tentang usaha-usaha pengimarahan masjid & penjanaan ekonomi Islam.
Pertemuan ini mengingatkan kita bahawa peranan dan fungsi masjid amat penting dalam penyatuan umat Islam. Sejak zaman Rasullullah SAW lagi, masjid bukan sahaja dijadikan sebagai pusat ibadah tetapi juga sebagai pusat pengembangan ilmu, pusat pengumpulan masyarakat, pusat ekonomi dan banyak lagi fungsi penting dalam pembangunan masyarakat.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ustazah Aziyan Mohd Yunus, Ketua Biro Wanita Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang sudi bertandang dan membawa rombongan para muslimat dan muslimin ke Kepala Batas. Terima kasih juga Ustaz Haji Badrul Bin Salleh dan para muslimat Kepala Batas yang hadir.
Sebelum pulang, mereka membeli-belah di Koperasi At-Taqwa yang menjual pelbagai produk muslim dan makanan sunnah. Saya juga ada bekalkan cenderahati “Kopi Hang Tuah” iaitu produk dari Kepala Batas untuk dibawa balik ke Kuala Selangor.
Insha-Allah ada rezeki, jumpa lagi!
#SavePenang
#NewPenang
#KepalaBatasSejahtera
#YBDrUstazahMastura
#KepalaBatas
#muslimat
#masjid
Sumber : https://www.facebook.com/share/p/nKpcSmjjdtS5Wo5r/?mibextid=WC7FNe