Home Berita PAS Perak

PASTI Bukit Gantang rai Hari Anugerah Prestasi

26
SHARE


Oleh : Ez

4 Februari 2024
BUKIT GANTANG : PASTI Bukit Gantang mencatat sejarah apabila mengadakan keraian Hari Anugerah Prestasi PASTI yang dilangsungkan di Dewan Astaka Bukit Gantang,di sini semalam.

Seramai 215 graduan daripada enam belas PASTI berjaya menamatkan pengajian mereka dan menerima sijil masing-masing disampaikan ADUN Trong,Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Muhammad Faisal berkata berkata sambutan masyarakat terhadap PASTI semakin meningkat saban tahun.

“Sokongan membuktikan keberkesanan sistem pendidikan prasekolah di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang mampu melahirkan pelajar-pelajar mempunyai asas nilai Islam dan moral yang baik di samping kemahiran asas membaca, menulis dan mengira,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Bukit Gantang menyeru para ibu bapa untuk terus memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak dengan menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka.

Beliau berkongsi kehebatan PASTI yang telah melahirkan ramai pelajar berjaya termasuk menghafaz ayat Al Quran.

Dalam pada itu, Muhammad Fakir Uwais Muhammad Farid daripada PASTI Nurul Iman, Kpg Cheh muncul penerima Anugerah Mumtaz 5 tahun dan Muhammad Aqeef Danish Elias daripada PASTI Nurul Haq, Taman Mewah muncul penerima Anugerah Mumtaz 6 tahun Keseluruhan PASTI Kawasan Bukit gantang 2023 manakala seramai 30 orang murid pula telah terpilih menerima Anugerah Mumtaz bagi kategori Murid 5 Tahun dan Murid 6 Tahun.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Ustaz Muhammad Fitri Abdullah itu telah diserikan juga dengan persembahan khutbah dan nasyid oleh pelajar PASTI.