Home Berita PAS Sabah

Sejak kecil lagi kami selalu perdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran”

45
SHARE

Fikril Nizam Mohamad
05 Februari 2024

Kinabatangan: Seramai 60 murid 6 tahun telah menerima sijil penghargaan tamat sekolah dalam Majlis Anugerah Prestasi PASTI dan SRITI yang berlangsung pada sabtu lepas.

Setelah melalui penilaian oleh pengurusan PASTI Kinabatangan, Adik Noor Zaleeya terpilih menjadi tokoh murid PASTI 6 tahun sesi 2023/2024 daripada 12 orang murid yang tercalon.

Adik Noor Zaleeya memulakan persekolahan di PASTI Darul Itqan, Kg Jaya Baru sejak tahun 2021. Dia telah mendapat lima anugerah iaitu Anugerah Celik Minda, Celik Al-Quran, Celik Sahsiah, Celik Bahasa dan Celik Cerdas.

Adik Noor Zaleeya juga berjaya mengharumkan nama PASTI Kinabatangan apabila terpilih ke peringkat negeri dalam program Alam Ria Negeri Sabah acara Hafazan Kategori Muslimat yang berlangsung di Lahad Datu.

Apabila ditanya dengan ibunya apakah rahsia disebalik kefasihan dan kelancaran Adik Zaleeya dalam mengalunkan ayat suci Al-Quran, beliau menjawab “sejak kecil lagi kami sudah perdengarkan ayat-ayat Al-Quran. Selain itu sejak umur 2 tahun kami sudah perkenalkan huruf-huruf hijaiyah.

“Aleyaa mudah menghafal dan mengingat melalui pendengaran apabila diulang berkali-kali selain dibacakan surah-surah kepada dia. “ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Zaleeya juga aktif dalam bidang sukan iaitu bola jaring, acara larian, squad jump dan perbarisan rumah sukan.