Home Berita PAS Terengganu

Bertudung tanda kolot, mundur?

12
SHARE

KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Memakai hijab atau bertudung sering dimomokkan pihak tertentu sebagai kolot dan ketinggalan zaman, walhal ia bukanlah penghalang kepada kebebasan, sebaliknya mengangkat martabat wanita.

Pengarah program Hari Hijab Terengganu, Wan Nur Sakinah Din berkata, mengenakan hijab adalah kewajipan dalam agama Islam, mematuhi perintah Allah SWT untuk menutup aurat.

“Berusaha berhijab dengan sempurna, kita akan temui  kekuatan untuk terus melangkah merealisasikan impian,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berkata demikian dalam laman sosial pada semalam.

Bertudung bukan sekadar tindakan luaran, tetapi ia melibatkan dimensi spiritual yang mendalam.

“Berhijab, adalah ekspresi kepada kekuatan dan identiti seorang muslim yang mempertahankan keyakinan mereka terhadap pegangan agama.

“Bersyukurlah kita masih mampu berhijab dengan sempurna,” katanya lagi.