Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyokong penuh tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang mengeluarkan arahan penutupan operasi premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBKT bagi menghormati solat Jumaat.
Tindakan MBKT yang mengarahkan penutupan operasi perniagaan selama dua jam bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang bermula 1 Januari lalu mesti disokong semua pihak.
Penutupan operasi melibatkan pasar raya, restoran dan kedai makan pada waktu tersebut perlu mendapatkan kerjasama yang padu dari seluruh rakyat Terengganu bagi menghormati hak umat Islam yang wajib menunaikan solat Jumaat pada waktu tersebut.
Sekiranya ada pelancong dari luar Terengganu yang ingin membuat urusniaga pada hari Jumaat, DPPNT mencadangkan agar dapat membuat perancangan dengan sebaiknya pada waktu tersebut agar percutian ke negeri ini dapat berjalan dengan sebaiknya.
Oleh itu, DPPNT menyeru kepada semua rakyat Terengganu dan pelancong ke negeri ini dapat menyambut baik usaha murni ini bagi memastikan Terengganu terus maju, berkat & sejahtera.
𝙐𝙨𝙩𝙖𝙯 𝙃𝙖𝙢𝙙𝙞 𝙃𝙖𝙧𝙪𝙣
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘓𝘢𝘫𝘯𝘢𝘩 𝘋𝘢𝘬𝘸𝘢𝘩
𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘗𝘈𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘦𝘳𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘶