Home Berita PAS Terengganu

Bantu ringankan beban masalah air

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Orang ramai diseru bersatu hati dan tenaga demi membantu mereka yang mengalami kesulitan akibat terputusnya bekalan air.

Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Harun Isa berkata, dengan bantuan diberikan dapat membawa kelegaan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan saat ini.

“Saya mengambil peluang untuk menyeru khususnya orang-orang muda, dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta individu-ndividu yang ingin membantu menyampaikan bekalan air terputus dikrisis bekalan air di Dun Kota Putera ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dataran Limbongan, Besut pada semalam.

Menurutnya, kemungkinan isu bekalan air ini akan berpanjangan sehingga akhir bulan Januari.

Justeru itu, beliau menyeru kepada seluruh Jabatan Amal, Pemuda dan NGO serta wakil daripada mana-mana pertubuhan yang ingin menyumbang (hendaklah) bekerjasama dengan bomba, Jabatan Amal, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN dan sebagainya.

“Pihak YB turun untuk menyantuni dan menyampaikan keperluan rakyat di DUN Kota Putera ini.

“Insya Allah orang muda Terengganu terbaik.

“Pada hari ini juga kita menyampaikan sediikit sumbangan daripada orang ramai untuk memudahkan gerak kerja menyampaikan bekalan air, insya Allah,” ujar beliau.

Beliau menambah, air adalah keperluan asas yang tidak boleh diabaikan.

“Alhamdulillah mudah-mudahan kita tolong menolong ketika orang susah ini lain kali dan lain masa jika berada berada dalam kesusahan mudah-mudahan Allah Taala permudahkan juga urusan,” tambah Harun lagi.

Beliau menambah, marilah bersama menjalin keikhlasan dan kepedulian untuk mengatasi cabaran ini.